Saturday, December 25, 2010

Lagu Cinta Buatmu

Dipetik daripada sebuah novel  "Lagu Cinta Buatmu"
Mengisahkan bakal pengantin perempuan lari daripada majlis perkahwinannya, manakala bakal pengantin lelaki terpaksa mencari jalan dengan mengantikan tempat pengantin perempuan dengan pilihan ibunya demi menjaga maruah keluarga. Walaupun usia perkahwinan antara Daniel dan Anis sudah mencecah 2 minggu, mereka tinggal bersama, berkongsi katil, berkongsi bilik air namun masih tidak pernah bertegur sapa.

Insiden yang agak lawak bagi aku dalam novel ini...

Daniel segera mendail nomber telefon bimbit isterinya. Mengharapkan sesuatu yang lebih menggembirakan. Gagal dihubungi. Mencuba pula nomber pejabat.
"Hello, siapa ni?" soal anis di talian
"Daniel" jawap Daniel.
"Daniel? customer servise ke?" soal anis.
"Anis, ini Daniellah" jerit Daniel.
"Daniel yang mana satu ni...? Anis masih tertanya-tanya.
"Suami Anis siapa namanya?
"Oh! Daniel!" Anis baru teringat suaminya bernama Daniel.
"Hah, ingat? siapa Daniel?
"Suami Anis!"
":Tahu pun. macam mana suami sendiri pun tak ingat."
"Anis lupa!"
Beberapa malam lalu kecoh kehilangan mesin kira.Masih boleh dimaafkan kerana terlupa dimana letaknya.Beberapa hari sebelum itu semasa mereka masih tidak bertegur sapa,Anis kelihatan tidak tentu arah juga.Ke hulu ke hilir. Namun kerana waktu itu Daniel masih tidak tahu apa masalah Anis,Daniel buat tidak tahu sahaja.Tidak sama sekali terduga Anis pelupa orangnya.Tetapi kalau terlupa nama suami sendiri itu sudah dikira melampau.
Dan beberapa hari selepasnya,Daniel ke kedai emas untuk mencari hadiahpaling sesuai.Terfikir jugaolehnya, Anis tidak boleh dihadiahkan dengan barang berharga.Anis itu pelupa orangnya.Sudah beberapa kali Daniel terjumpa barang kemas milik Anis.Kadang-kadang sebelah subangnya, kemudian gelang tangannya.Yang buat Daniel betul-betul panas hati bila cincin pemberiannya sempena pernikahan mereka juga ditemui di atas sinki bilik air.Apa pun semua itu buat Daniel makin sayang pada Anis.
Sekembalinya bekas tunang Daniel untuk mengambil balik haknya...

"Nadia sedia bermadu!" kata Nadia dengan yakin.
"Nadia!" Daniel menjerit. dia bangun sambil cekak pinggang.
Anis tarik tangan Daniel memaksa Daniel duduk semula.
"Nadia cuma nak berkongsi kasih sayang Daniel"
"Kasih sayang apa lagi yang nadia nak daripada Daniel? dari dulu lagi Daniel tak pernah sayangkan Nadia.Dulu Daniel bertunang dengan Nadia pun atas pujukan rakan-rakan"
"Tapi kenapa Daniel boleh sayang Anis? Apa bezanya Anis dengan Nadia?
"Dengan Anis pun Daniel tak pernah sayang.Pada mulanya Daniel tak pernah ada perasaan langsung pada Anis.Langsung tak terlintas hendak mencintainya seperti sekarang ini" Daniel pegang kemas tangan Anis.
"Tapi, Anis sediakan ruang masa untuk Daniel kumpulkan kasih sayang buat dia.Anis bersedia untuk memahami Daniel. Berkongsi hidup dengan Daniel. Dari  hari ke hari, perasaan sayang itu datang sendiri. Makin lama makin mendalam.
Anis terdiam.kata-kata Daniel cukup bermakna buatnya. Begitukah episod permulaannya? Berkahwin dengan tangan kosong dan kini sudah terisi dengan limpahan kasih sayang?
"Kasih sayang itu walaupun melimpah ruah, tak mungkin akan terbahagi dua. Sebab ruang hati Daniel hanya muat untuk seorang. Tak boleh lebih"
"Anis, tolong pujuk Daniel. Tolonglah Nadia, Anis!" Nadia merayu pula kepada Anis.
"Maaf, Nadia. Anis tak mengizinkan. Anis bukanlah seorang yang baik sangat. Anis juga manusia biasa.Perasaan tamak itu tetap ada. Daniel milik Anis seorang. Dan sampai mati, Daniel tetap milik Anis. Walau dengan apa cara sekali pun hak itu tetap Anis pertahankan.Minta maaf Nadia," kata Anis dengan tegas.
"Jadi, Daniel memang tak boleh terima Nadia langsung?
Daniel menggelengkan kepala.
"Sikit pun tidak?"
"Hmmm.."
"Walau sebesar kuman?"
"Daniel zalim, cukup zalim!" Nadia menjerit lalu beredar. 



Suka ? LIKE okayy

0 00 Berceloteh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ 2010-2013. All Right Reserved by Syafizaalexa