Thursday, December 23, 2010

Mungkinkah Akim Bakal Ganti Tempat Shahir Di AJL25?


22 DIS 2010: Spekulasi yang sebelum ini mengatakan bahawa juara Akademi Fantasia 8 (AF8) iaitu Shahir mempunyai masalah disiplin apabila menghilangkan diri secara tiba-tiba dalam beberapa acara hiburan sudah pun terjawab.
Rupa-rupanya Shahir kini sedang sakit dan memerlukan rehat secukupnya untuk kembali aktif sebagai penyanyi. Ibu Shahir iaitu Mahanom Osman sendiri telah membuat pengakuan ini.
Namun, daripada gaya ibu Shahir memberitahu hal tersebut, kami dapat rasakan bahawa sakit yang dialami Shahir itu memang betul-betul teruk dan berkemungkinan besar tidak dapat beraksi pada malam Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25).

Dari segi logiknya Shahir mempunyai potensi besar untuk tidak dapat beraksi pada AJL 25 nanti. Sebabnya, sampai sekarang pun Shahir smasih terlantar sakit di kamuong.
Kemudian, kami difahamkan dia masih belum lagi menjalani sebarang latihan untuk persembahan malam final itu nanti. Jadi, sekiranya berterusan begini, takkanlah Shahir nak nyanyi pada malam itu nanti tanpa membuat sebarang persiapan.
Mungkinkah akan ada penyanyi yang bakal menggantikan tempat Shahir nanti?
Apapun, menyentuh mengenai penyanyi gantian dalam AJL, ia bukanlah sesuatu perkara yang baru. Jika dilihat pada prestasi AJL, tempat Jamal Abdillah pernah digantikan olej penyanyi Rohana Jalil dan Azman Abu Hassan dalam AJL.

Kami sendiri telah diberitahu bahawa penyanyi gantian itu mendapat tuah dengan lagu yang dipersembahkan itu memenangi anugerah.
Bercakap tentang pengganti Shahir, kami terfikir siapakah agaknya yang benar-benar layak menggantikan bekas ahli kumpulan Saujana ini. Yelah, kalau nak dilihat dari kesesuaian vokal untuk lagu Kebahagian Dalam Perpisahan ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abd Halim, tidak semua penyanyi yang sedia ada boleh menyanyikan lagu tersebur.
Namun, bila memikirkan semula, kami merasakan orang yang paling layak menggantikan tempat Shahir adalah Akim. Sungguhpun kami masih belum pernah dengar Akim menyanyikan lagu Kebahagian Dalam Perpisahan, namun kami yakin Akim mampu membawa impak yang besar menerusi lagu tersebut pada malam itu nanti.

Lagipun Akim mempunyai suara yang ala-ala husky macam Shahir.
Paling tidak pun, Akim boleh menebus kekecewaan yang lalu apabila lagu ciptaannya iaitu Inilah Cinta tidak berjaya bertanding ke peringkat akhir AJL. Pihak AESB mencadangkan nama Akim pun berdasarkan reputasi Akim dalam bidang nyanyian.
Namun, ia hanyalah cadangan saja. Pihak AESB dan Edry saja yang boleh memilih siapa yang benar-benar layak gantikan tempat Shahir.
Kalau mengikut pemerhatian kami, selain AKim, AESB hanya mempunyai penyanyi pilihan lain seperti Mawi, Aril, Maulana dan Iwan untuk menggantikan tempat Shahir.
Jika nak menampilkan kelainan, AESB bioleh tampilkan penyanyi perempuan seperti Ain, Anum dan Ema saja. Tapi, kalau AESB pilih Adira, Hafiz dan Stacy, bukankah mereka sendiri ada membawakan sebuah lagu masing-masing pada malam AJL
Yang penting, kalau susah-susah sangat, Edry sajalah yang menyanyikan lagu ini. Mungkin ia boleh mencetuskan kemenangan memandangkan lagu ini ciptaan sepenuhnya oleh Edry.
Apa kes pun, kita tunggu sajalah kata putus dari AESB dan Edry. Mungkin mereka ada jawapan pasti tentang isu ini. Apa yang paling penting, Kami sokong siapa saja menyanyikan lagu ini. Jika benar lagu ini kuat dari segi pelbagai aspek, penyanyi hanyalah bonus untuk lagu ini menang AJL25 tersebut.
Suka ? LIKE okayy

0 00 Berceloteh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ 2010-2013. All Right Reserved by Syafizaalexa