Sunday, January 9, 2011

Kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke 25 Milik Ana Raffali, Persembahan Gagal

By now, i rasa semua’nya sudah tahu yang lagu dendangan & ciptaan sepenuhnya Ana Raffali berjaya merangkul gelaran juara lagu untuk Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25).
Namun, tidak semua pihak dapat terima dengan baik keputusan para juri professional yang di’ketuai M Nasir malam tadi.
Petanda pertama adalah ketika pengumuman lagu ‘Tolong Ingatkan Aku’ ciptaan Ana Raffali di’tabal sebagai juara, i see sekumpulan penonton yang hadir ke Stadium Putra Bukit Jalil, KL ini berarak keluar.
Tidak sempat menunggu juara lagu yang baru ini kembali membuat persembahan di’pentas, ada barisan media yang hadir turut angkat kaki.
Ketika sidang akhbar pula, wartawan & pihak media lain’nya bertalu talu bertanyakan kredibiliti lagu ‘Tolong Ingatkan Aku’ untuk bergelar juara malam tadi.
Persembahan Ana Raffali pada malam juara lagu ini juga sebenarnya tidak mendapat banyak reaksi positif dari para peminat yang lebih suka Ana Raffali kekalkan imej bersahaja tanpa drama.
Pada kami, kemenangan Ana Raffali pada malam ini sesuatu yang tidak terjangka walaupun ini antara lagu kegemaran i untuk dengar pada waktu lapang. Macam mana pun i tak kisah, keputusan juri adalah tepat. Pelbagai jenis bentuk persembahanyang ditunjukkan oleh para finalis, dan bole dikatakan hampir kesemuanya mengguna taknik magik. Hafiz memilih prop dia kena tempat dan kemudiannya rohnya keluar, Faizal Tahir menngunakan gimik menyelam di dalam air di atas pentas sesuai dengan lagunya Hanyut. Stacy lebih memilih untuk memakai costum Jepun.Ana Raffali menggunakan prop berada di dalam penjara dan pasangannya juga berada di dalam penjara yg berasingan.A.P.I menngunakan gimik yang mana merekan baru lepas perang sesuai dengan lagu mereka PELITA yg menaikkan semangat. Bunkface dilihat begitu hebat beraksi di atas pentas dengan alunan muzik yang begitu menarik minat penonton. Shahir menampilkan Nasha Aziz sebagai pelakon untuk menyerikan lagi persembahannya dan diakhiri dengan Nasha Aziz menamparnya betul-betul. Adira dilihat begitu comel sekali dia atas pentas , memilih tema merah sesuai dgn lagunya yang memberi semangat dan beliau  membuat gimik apabila menaiki buaian yang kemudian menariknya ke atas. Tomok memilih untuk menari dan berlari di atas pentas. MUH&Black memilih mengecat separuh muka mereka dgb warna putih seperti mana yang di lakukan oleh MUH ketika masih bersama Azlan dulu. Yuna memilih untuk memain piano, jika di lihat tahun lepas yuna membawa piano yang sangat kecil untuk dijadikan prop tetapi kali ini lebih besar.

 
Satu Malaysia telah mengetahui siapa pemenang Anugerah Juara Lagu ke-25 yang berlangsung malam tadi di Stadium Bukit Jalil. Final AJL25 kali ini yang membariskan ramai artis muda dan baru setahun jagung terbabit dalam dunia seni tanah air.
Tahniah sekali lagi kepada pemenang AJL25, Ana Raffali dengan lagu yang bertajuk Tolong Ingatkan Aku. Dan seperti biasa, rumah dah siap pahat tetap berbunyi. Terlalu ramai yang tidak menyangka kemenangan Ana Raffali sekaligus memberikan kata-kata tidak bersetuju mereka melalui Twitter dan Facebook. Harus diingat, AJL adalah sebuah pertandingan kehebatan lirik dan lagu sesebuah lagu dan bukannya pada siapa yang menyampaikan lagu tersebut.



Persembahan Terbaik – Hanyut (Faizal Tahir)
Vokal Terbaik – Noktah Cinta (Hafiz)
Tempat Ketiga – Noktah Cinta (Hafiz)
Naib Juara – Drama King (MUH)
JUARA LAGU – Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali)
Mungkin ada antara mereka yang tidak bersetuju kerana bukanlah peminat Ana Raffali. Apapun pada pendapat i, kemenangan Anak Raffali bukan suatu yang terlalu luar biasa kerana setiap tahun apabila AJL berlangsung, kemenangan pastinya akan berpihak pada artis yang dirasakan perlu oleh pihak-pihak bertanggungjawab atas sebab-sebab hanya mereka yang tahu. Selain bakat, marketing juga perlu sentiasa di ambil kira. Biasalah bisnes.
I secara peribadi merasakan ada yang lebih layak untuk menang berbanding Ana Raffali. Apapun kalau dah itu rezeki dia, tetap menjadi rezeki dia dan telah pun dinobatkan sebagai juara. Dan i tak rasa juri AJL terutama ketua juri, M Nasir tidak peka pada pemilihan pemenang. Mereka yang terlibat di dalam bidang sebalik lagu lebih mengetahui mengapa Ana Raffali diangkat sebagai pemenang AJL ke-25 kali ini.
Tahniah kepada Ana Raffali dan diharap dapat menjadikan anugerah ini sebagai platform untuk terus menjadi yang terbaik di dalam industri muzik Malaysia ini. Jangan jadi seperti beberapa pemenang AJL yang lepas, lepas menang jadi hot stuff sekejap then, terus senyup terus terseungkur jatuh ke bumi.

Dato' Siti Nurhaliza

Hujan

Yuna

Akim & Aril

Mia


Suka ? LIKE okayy

0 00 Berceloteh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ 2010-2013. All Right Reserved by Syafizaalexa