Monday, March 21, 2011

Kontrovesi membabitkan pelakon baru Miera Liyana

Kelibat seorang pelakon wanita cantik menarik perhatian Budiey semasa hadir di Malam Gala ABP – Rafflesia yang diadakan semalam. Lenggok badan langsingnya persis model ternama. Wajah manis, kulihat dan ku renung, macam pernah jumpa sebelum ini. Ya, dialah Miera Liyana Kasmi yang pernah Budiey jumpa semasa Majlis Pelancaran Drama Luna Fantasiku, sebuah drama online arahan Aziz M. Osman sekitar tahun 2008 lalu. Dah 4 tahun bergelar pelakon, namun tak ramai yang kenal Miera.

Miera atau lebih mesra dengan panggilan Nana ini lahir pada 28 Ogos 1993 dan berasal dari Johor. Sekarang, Miera Liyana dah besar panjang dan sebelum ini pernah berlakon lebih 20 drama termasuklah drama Kamelia Katrina dan juga sebuah filem pertama Apokalips, filem Mamat Khalid yang sedang menunggu masa ditayangkan. Rasanya, semasa majlis berlangsung, Portal GUA terlebih dulu meletakkan gambar di Facebook dan Twitter diikuti oleh blogger lain.
Ada Apa Dengan Miera Liyana?
GUA dahulukan dengan ucapan maaf. Bukan sengaja nak cetus kontroversi tapi bila dah kat depan mata, terbeliak jugalah biji mata GUA ni.
Saat ditanya, tidakkah dia bimbang pakaiannya malam ini akan mencetuskan kontroversi, Miera Liyana, pelakon drama Kamelia Katrina memberitahu wartawan Galaksi, “Nampak sikit je. Pilih baju ni sebab nak nampak kelainan.”
Kalau korang nak dengar penjelasan lebih Miera, jangan lupa tonton Galaksi minggu depan di TV9, 9 malam.





Dan ini pula gambar Miera Liyana memakai pakaian rekaan dari Wan Huzairil dari sudut yang sisi yang berbeza. Ironiknya, satu lagi baju rekaan Wan Huzairil yang dipakai oleh pelakon Faralyna, nampak lebih sopan dari yang dipakai oleh Miera.
Apabila ditanya tentang pakaian, Miera mengatakan beliau memilih baju tersebut untuk mendapat kelainan. Nampak pun sikit aje. Jawapan itu juga akan menimbulkan kontroversi. Sangat subjektif dan akan memberi fahaman yang sangat berbeza oleh pembaca.
Jadi, tak hairanlah lepas ini, filem Apokalips akan meletop! Kebaboom!

“Saya memohon maaf kepada yang tidak menyenangi apabila melihat saya berpakaian seperti ini. Saya tidak sempat mencuba terlebih dahulu pakaian ini kerana baru mendapatnya daripada pereka fesyen pada pagi tadi.
“Saya sendiri yang memilih pakaian ini kerana nampak sangat cantik dan lain dari lain. Tak sangka pula apabila pakai, jadi seperti ini.
“Kalau saya pakai tiub, nampak tak cantik pula sebab pakaian ini terdedah di belakang,”
Bagaimanapun, pelakon filem Apokalips yang bakal muncul di pawagam ini akan berhati-hati memilih pakaian agar tidak berlaku insiden seperti itu. Miera mula tidak selesa mengenakan pakaian tersebut setelah ramai yang memerhatikannya dengan pandangan pelik dan ada juga yang datang kepadanya untuk menegur.
“Saya bersedia menerima teguran orang ramai dengan terbuka tentang pakaian saya ini dan berjanji tidak akan melakukan kesilapan yang sama,” akhiri pelakon drama Luna Fantasiku dan Kamelia Katrina ini dalam nada kesal.

Suka ? LIKE okayy

1 00 Berceloteh:

SiLabiLabi said...

dia nak orang kata tetek dia besar lah gamaknya...


Labi-Labi gigit baru tau..hahahaha
follow Labi-Labi tau

Singgah & Follow Blog Labi-Labi NineMustafa
& JariPlastik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ 2010-2013. All Right Reserved by Syafizaalexa