Friday, April 22, 2011

KOLONY

Hai peeps,

korang ingat tak lagi masa mula mula simbol nehh muncul? time tu semua orang tak tahu lagi apa benda lah simbol neh kan? merata pulak tu ada, kat tvmonitor,kat surat khabar, kat tiang elektrik pun ada. haha. Time tu kecoh lah kejap pasal simbol nehh. Ada yang cakap simbol neh simbol dajjal lah, simbol transformer lah macam macam lah yang buat kesimpulan.:131:

Tapi sebenarnya neh adalah simbol celcom kolony. korang dah sedia maklum kan? ianya kelihatan seperti sebuah rangkaian sosial berasaskan SMS. Buat masa ini, Kolony hanya dibuka kepada semua pengguna Celcom sahaja.

Namun sebenarnya Kolony dikatakan telah wujud selama 3 tahun untuk pelanggan celcom yang terpilih sahaja, dikenali dengan nama MyLife.SmarMS. Ada pengguna MyLife yang memberitahu bahawa perkhidmatan ini dulu sebenarnya percuma untuk digunakan.

MyLife SmartMS Celcom Kolony Yang Baru Dilancarkan Sebenarnya Mylife SmartMS?

Ketika artikel ini ditulis, angka statistik semasa memperlihatkan lebih daripada 1.35 juta pengguna telah pun berdaftar dengan Kolony. Melaluinya, anda boleh berkomunikasi antara rakan-rakan sosial anda dengan mudah dengan menghantarkan SMS sahaja.

Kolony memperlihatkan lima fungsi, iaitu Ding untuk berkomunikasi satu persatu dengan rakan anda, Fren pula membolehkan anda meluaskan rangkaian Kolony anda dan dapatkan perkembangan terkini, Bomm pula membolehkan anda menyebarkan pembaharuan dan kehangatan kepada semua rakan, Bomm pula membolehkan anda mendapatkan kemaskini dari rakan-rakan Kolony anda, dan terakhir sekali, Popp membolehkan anda berkongsi fikiran anda dengan rakan yang lain.

Setiap pendaftaran baru akan mendapat 500 koinz.

anda boleh mendapatkan koinz sebanyak

10koinz=Rm0.30
50koinz=Rm1.50
100koinz=rm3.00

Suka ? LIKE okayy

0 00 Berceloteh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ 2010-2013. All Right Reserved by Syafizaalexa