Monday, May 2, 2011

About Photographer

http://1.bp.blogspot.com/_xVoFi6lm9as/TQeeMBETe0I/AAAAAAAAAsM/LFOfax6Pjt0/s1600/IMG_0648.JPG

Malas rasanya untuk berjalan di bawah sang matahari yang tegak di atas kepala sambil memancarkan sinar teriknya. Namun bila teringatkan aku sudah segak berbaju kurung, ku teruskan juga perjalannan ku. Pabila berbaju kurung di tengah hari pastinya tempat yang bakal ku tujui itu ialah ke kenduri perkahwinan ku orang.
Sesudah tiba di sana, ku pandang kiri, ku pandang kanan semuanya segak berbaju kurung, berbaju melayu dan tak ketinggalan segak berbaju kemeja. Dengan segeranya aku terus menuju ke bahagian makanan kerana perut sudah mendendangkan lagu pelbagai rentak dan irama. Ku tak pasti lagu apa itu, namun ku hafal satu baris lirik lagunya berbunyi begini "Selamat pengantin baru".

Setelah kutelan segala juadah yang tersedia, sambil menunggu kaum kerabat yang lain sudah, aku duduk dengan ayunya sambil pose yang 'baekkk punyaa' kerana ku tahu ramai mata mata yang galak sedang memerhatiku. itu perkara biasa. sudah ku hafal perangai manusia. Sekilas ku pandang ke arah pengantin yang mengenakan tema Biru dalam erti kata lain itulah warna kesukaan ku, Cantik memang cantik, tak dapat dinafikan lagi. namun bukan itu yang ingin ku fokuskan.

Ku pandang DSLR nya, lalu terusnya wajahnya. wow ! ianya terus ke jantungku. 'dup dap dup dap'. memang tampan wajahnya. dengan baju kemejanya menampakkan ketampanannya lagi. rambutnya membuat aku jatuh CINTA. aku tahu banyak mata mata anak gadis sedang merenung tajam ke arahnya. namun ke tak peduli. Melihat dia sedang sibuk photoshootnya dengan pengantin ku teruskan meghirup laicikang, memang sedap bila kena dengan cuacanya. Namun detik yang tak ku duga berlaku, rupanya dia juga memandangku dari lensa cameranya, dengan serta merta gambarku kini ada di cameranya. "ulps" terkedu sebentar. adakah dia putera yang ku tercari cari selama ini?

Sesungguhnya tidak ku nafikan, dialah jurugambar yang paling tampan pernah aku jumpa. Namun takdir tak mengizinkan kita untuk bertentang mata dengan lama. akhirnya aku terpaksa melangkah pergi meninggalkannya kerana "Aku nak balik lah, takkan nak tidoq sana kot". hehe

p/s: Dream a lot of you...




Suka ? LIKE okayy

0 00 Berceloteh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ 2010-2013. All Right Reserved by Syafizaalexa