Saturday, February 18, 2012

Mengenali Lelaki

Lelaki Mahu Jadi yang Terbaik
Setiap lelaki mahu bergerlar jejaka paling hebat. The biggest and the best. Impian setiap lelaki adalah menjadi terbaik. mereka mahu memiliki kualiti tertentu bagi memenuhi keinginan wanita. walaupun lelaki itu berkuasa dan berpengaruh, jauh didalam dirinya wujud kekuatan dan rasa rendah diri.

Dia mahukan dirinya dikenali dan dihargai serta diperlukan. bagi membuang persaan ini, lelaki dewasa perlu bertanding dengan lelaki lelaki lain. melainkanmendapat terapi ataupun belajar daripada role model yang baik, kebanyakan lelaki menyembunyikan perasaan dan emosi dengan bertopengkan kemarahan. bukan mudah menjadi yang terbaik.

Lelaki Mahu Mengelak Konfrontasi
kajian menunjukkan lelaki tidak suka mengutamakan isu dan masalah dihadapu.  sebaliknya wanita yang suka begitu. mengapa ya ? supaya tidak perlu mengambil tindakan mengendalikan emosi mereka.

selalunya lelaki lebih suka menghiraukan measalah yang melanda, mengharapkan ia hilang begitu saja ataupun selesai dengansendirinya. jadi, apabila lelaki perlu berhadapan dengan masalah, tidak hairan mereka cuba menyelesaikannya secepat mungkin.

Lelaki Tidak Selalunya Takutkan Komitmen 
kebanyakan wanita menganggap lelaki takutkan komitmen. berani saya katakan yang tanggapan itu salah. lelaki tidak takutkan komitment sebaliknya lelaki takut wanita didampingi mungkin bukan wanita yang akan menjadi ibu kepada anak-anaknya. lelaki juga tidak mahu apabila itu terjadi, mereka melukakan hati wanita dan menghancurkan impian mereka.

memang sukar bagi lelaki membabitkan diri secara serius dalam sesuatau perhubungan. tetapi apabila mereka yakin wanita itu sesuai, mereka akan memberi sepenuh hati , jiwa , dan raga. jadi wanita , apabila teman lelaki anda kelihatan seolah olah takutkan komitment , dia sebenarnya belum pasti sama ada anda adalah sesuai untuknya dan sia tidak mahu melukakan hati anda. apa yang perlu anda lakukan adalah bersabar dan berikan ruang dia mengenali anda lebih dekat.

Lelaki Benci Dikritik
sebagai lelaki , mereka tidak mahu dan tidak suka diri mereka tidak diterima (reject). mereka lebih tidak menyukai apabila dikritik. kritikan menyebabkan lelaki rasa serba kekurangan dalam dirinya. sebaliknya wanita menganggap kritikan adalah positif dan membina. jadi apabila lelaki mendengar ayat seperti, "mengapa awak tidak telefon saya ?" ataupun "mengapa pakaian awak tidak terurus ?" , dia rasa tercabar dan perselisihan faham akan terjadi. dia mungkin tidak tahu mengapa dan apa sebabnya , tetapi padanya mungkin dia :

a) Terlupa (dan selalunya kerana ego membuatkan dia tidak mengaku)
b) Tidak mahu ataupun sengaja tidak ambil peduli (sayangnya ada juga lelaki begini , memalukan !). Jadi mungkin disebabkan dia malu kerana 'ditangkap' melakukan kesilapan , bagi melepaskan dirinya , dia akan bertindak dengan serangan kata kata ataupun dia akan rasa marah dan hampa.

Lelaki Tidak Suka diubah
cukup seorang ibu, lelaki tidak memerlukan pasangan atau teman wanita mereka meng'ibu'kan mereka. apa yang saya maksudkan meng'ibu'kan lelaki adalah seperti menyuruh mengubah cara berpakaian, mengubah gaya rambut dan sebagainya. pada peringkat wal , cadangan anda mungkin dapat diterima dan dilakukan kerana lelaki akan cuba menurut permintaan anda kerana mahu mencuba sesuatu yang baru atau sekadar menjaga hati anda.

lama kalamaan , apabila anda seolah olah mahu mengubah segala galanya berkenaan lelaki , dia kan rasakan dirinya dibandingkan dengan orang lain. sebagai wanita, anda juga tidak suka apabila teman atau pasangan anda cuba mengubah segalanya galanya mengenai diri anda, bukan ? sekiranya anda tidak menyukainya, begitulah juga dengan lelaki.

Lelaki Tidak Suka Wanita Toksik
wanita yang bagaimana yang tidak menarik perhatian lelaki ? dalam kajian , berikut ciri ciri wanita toksik :

1) banyak mulut/mulut murai. kebanyakan lelaki tidak gemar wanita yang banyak mulut, bercakap tidak kena masa walaupun tiada topik sesuai yang mahu dicakapkan. lelaki menganggap kelakuan begini menyakitkan hati.
2) tajam lidah (mulut leser). lelaki mungkin juga tidak menyukai wanita yang tidak  mahu berkata kata perkara yang baik sebaliknya selalu mengeluarkan perkataan yang menyinggung perasaan.
3) mulut tempayan. lelaki paling benci wanita yang tidak pandai menyimpan rahsia. tidak dinafikan wujudnya wanita spesis ini.
4) Drama Queen. wanita yang selalu gemar berdrama. memperbesar besarkan perkara kecil ataupun lebih sesuai diketegorikan sebagai mengada ngada.

Yang merapu,
Nur Syafizaalexa



Suka ? LIKE okayy

0 00 Berceloteh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ 2010-2013. All Right Reserved by Syafizaalexa