Sunday, February 19, 2012

Senarai kesyukuran Pija

1. Saya bersyukur kerana ada emak dan ayah.
2. Saya bersyukur atas kewujudan WIFI di asrama ini.
3. Saya bersyukur dilahirkan sempurna fizikal dan mental. dua tangan saya cukup sepuluh jari, mata ada sepasang walaupun sedikit rabun, kaki yang kuat. Syukur, saya sihat walafiat.
4. Saya bersyukur sebab berpeluang menjadi pelajar sekolah.
5. Saya bersyukur kerana emak dan ayah beri nama Nur Syafiza. manis ! :)
6. Saya bersyukur diberi keupayaan mencatat segala luahan hati di blog ini.
7. Saya bersyukur blog ini diterima pembaca dan tiada yang memaki hamun saya kerana marah dengan cerita yang saya tulis.
8. Saya bersyukur kerana biarpun tidak mampu berbelanja mewah, saya masih dapat menikmati makanan yang enak sebab emak saya pandai masak.
9. Saya bersyukur biarpun saya tidak ada kereta mewah seperti budak Tuuutttt , saya masih ada kaki untuk berjalan. (wahh bajet baik punya) :)
10. Saya bersyukur sebab saya tidak gemuk biarpun sebenarnya saya kuat makan. (berisi sedikit sahaja!)
11. Saya bersyukur sebab saya tiada masalah jerawat yang kronik.
12. Saya bersyukur sebab berpeluang sambung belajar.
13. Saya bersyukur kerana ada kawan baik disini.
14. Saya bersyukur sebab saya sudah bertekad menjadi pelajar yang sedikit berani, sedikit lasak dan tidak lembit !
15. Saya bersyukur sebab ayah saya belum/tidak kahwin empat :p
16. Saya bersyukur sebab kedua dua orang tua saya sihat walafiat dan tiada penyakit kronik seperti orang kaya yang selalunya sakit.
17. Saya bersyukur biarpun saya tidak secantik Lisa Surihani tetapi orang tetap katasaya manis dan comel. :p
18. Saya bersyukur kerana dilahirkan sebagai Islam.
19. Saya bersyukur kerana saya bukan pendendam.
20. Saya bersyukur kerana menjadi warganegara Malaysia. 
21. Saya bersyukur saya masih ada rumah untuk tinggal dan tidak perlu tidur dibawah jambatan.
22. Saya bersyukur dilahirkan sebagai perempuan sebab saya suka bersolek. :)
23. Saya bersyukur sebab saya tidak pernah kena histeria sepanjang duduk di asrama.
24. Saya bersyukur sebab tiada penyakit gastrik maka saya mampu berpuasa penuh.
25. Saya bersyukur kerana negara saya tiada gunung berapi.
26. Saya bersyukur kerana masih dapat berfikir semua perkara yang membuatkan saya rasa bersyukur.
27. Saya bersyukur kerana digerakkan hati untuk meluahkan rasa syukur ini.
28. Saya bersyukur kerana semua nikmat Allah beri ini terlalu banyak sebenarnya untuk saya senaraikan. cukuplah yang ini dahulu dan sekali lagi saya bersyukur kerana kalian sudi membaca senarai ini sehingga habis.


Yang bersyukur,
Nur Syafizaalexa


Suka ? LIKE okayy

1 00 Berceloteh:

dwaty said...

kesimpulannya... bersyukurlah dengan apa yang ada...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ 2010-2013. All Right Reserved by Syafizaalexa