Saturday, March 17, 2012

Peperiksaan yang Membuatkan Hati Bak Asam Kecut

Siapa yang sedang menghadapi peperiksaan akhir ?
Mohon mengangkat keyboard masing masing. macamlah saya nampak ! minta maaf sekiranya ada orang yang tiba tiba sahaja memerlukan beg kertas untuk muntah selepas ini. beg kertas tidak mengapa , jangan beg plastik ! beg kertas itu mesra alam , dapat dikitar semula. beg plastik mencemar dunia , tidak bagus untuk generasi pada masa hadapan. cewah !

Saya mahu maklumkan kepada semua orang dengan perasaan berbangga. mohon dibaca dengan nada yang belagak ya. saya sudah menyiapkan segala tugasan ataupun projek yang diberikan oleh pensyarah. ya , mohon baca ayat ini dan ulanginya sebanyak empat puluh kali. sematkan ke dalam jiwa. oleh itu , diringkaskan cerita, tiba tiba sahaja saya berasa sangat tenang !

Ada satu sahaja benda yang saya pegang sepanjang semester lepas. 'Percaya pada diri sendiri.' teringat kembali, saya bukannya pelajar bijak yang mendapat A berlambak lambak pada setiap kali peperiksaan besar dijalankan. keputusan saya adalah cukup cukup lepas bagi melayakkan saya masuk ke kolej ini.

saya selalu membuat jiwa saya kacau dengan memikirkan hal hal yang langsung tak berfaedah. saya selalu fikir , saya adalah orang pertama yang ditendang disini. itu sahaja yang saya hafal pada hari siang dan malam !

namun, saya tanamkan dalam minda saya yang saya mampu buat. Laptop adalah benda biasa yang saya hadapi pada tiap tiap hari sejak zaman persekolahan. walaupun pensyarah saya cakap kursus ini susah, tapi keputusan sepanjang dua semester ini dikira masih bernyawa pada saya yang suka bersuka ria dan pemalas ini. ini kerana, 'saya percaya yang saya mampu lakukan!'

pada masa final, saya selalu berkata, "saya tidak bijak. belajar pada saat saat akhir." namun, kemudian saya ingat semula pada kata kata ibu semasa mahu mengambil SPM dulu, "percaya pada diri sendiri. bukannya tidak pernah belajar sebelum ni." kuiz, ulangkaji sebelum kelas bermula dan membaca sedikit terlebih dahalu. di dalam kelas, mengantuk pun dapat mendengar lagi. tiada masalah, bukan ?

pada semester lepas, saya berfikir, "saya adalah manusia paling tidak bijak disini." saya belajar, tapi sentiasa berasa kosong , kosong , kosong. *macam lagu najwa latif, hihi* pada malam peperiksaan saya mula jadi kelam kabut berjaga malam sehingga tak tidur. walaupun rasa malas nak ke kelas, saya masih menjenguk nota dan yang paling penting, saya masih mencatat nota okay ! saya tak tahu apa masalah saya yang sebenarnya.

Eh, tersilap! saya tahu, masalah saya adalah saya percaya betapa saya akan gagal dan tidak mampu melakukannya. mungkin sudah terlalu lewat untuk saya membetulkan apa yang berlaku pada semester ini. namun rasanya, masih tidak terlewat untuk saya berkongsi perkara yang berharga ini pada kawan kawan yang masih 'berlawan' di luar itu. kita perlu 'percaya pada diri sendiri'. apabila kita berusaha dan percaya betapa kita mampu lakukan, InsyaAllah, kejayaan itu adalah milik kita.

wah! pasti awak semua sedah muntah membaca watikah saya yang panjang lebar ini. pastikan awak semua pergi makan selepas ini kerana terlalu banyak muntah. selamat maju jaya khas kepada kawan kawan yang masih berjuang dalam perperiksaan termasuk saya. 

p/s : saya puas bila dapat merapu macam neh :p

Suka ? LIKE okayy

0 00 Berceloteh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ 2010-2013. All Right Reserved by Syafizaalexa